Senarai Bantuan Kerajaan Terkini 2021 Untuk Rakyat Berpendapatan Rendah

Bantuan Kerajaan

Bantuan Kerajaan

Pentadbiran kerajaan berteraskan keharmonian masyarakat dan menjaga kebajikan masyarakat sering menjadi tumpuan pemerintah yang mentadbir setiap negara. Kerajaan Malaysia turut tidak ketinggalan dalam memastikan kebajikan rakyat Malaysia tidak terabai khususnya apabila kerajaan baharu Pakatan Harapan telah mengambil alih pemerintahan daripada Barisan Nasional menerusi Pilihanraya Umum tahun 2018. Terkini kerajaan Perikatan Nasional telah mengambil alih pemerintahan kerajaan pada Mac 2020

Tidak dinafikan banyak usaha dan inisiatif kerajaan telah diberikan sejak pemerintahan kerajaan terdahulu namun terdapat juga beberapa pembaharuan dan penambahbaikan yang dilakukan oleh kerajaan terkini hasil daripada suara rakyat sendiri. Mendengar suara hati rakyat dalam melaksanakan pentadbiran negara merupakan salah satu faktor kerajaan Pakatan Harapan memenangi undian orang ramai

Antara yang menjadi tumpuan dalam membantu meringankan beban yang dipikul masyarakat adalah penghapusan Cukai Barangan dan Perkhidmatan atau GST sebanyak 6% yang digantikan semula dengan Cukai Jualan dan Perkhidmatan atau SST. Ini dikatakan dapat membantu mengurangkan kos sara hidup khususnya golongan berpendapatan rendah dengan harga barangan yang lebih munasabah dan berpatutan

Selain itu terdapat banyak lagi bantuan-bantuan kerajaan telah diumumkan oleh setiap kementerian yang telah mendapat peruntukan di bawah Belanjawan 2019. Bantuan-bantuan tersebut bukan sahaja dikhususkan kepada golongan miskin atau berpendapatan rendah malah kepada golongan B40 yang dilihat kian terbeban dengan keadaan ekonomi yang semakin meruncing

Senarai Bantuan Kerajaan Terkini 2021 Untuk Golongan Berpendapatan Rendah

Berikut MYsumber sertakan beberapa jenis bantuan yang diberikan oleh pihak kerajaan untuk tahun 2021 bagi setiap golongan masyarakat di Malaysia yang berkelayakan

Senarai Bantuan Kerajaan 2021

Berikut adalah senarai bantuan yang diumumkan oleh kerajaan menerusi pemerintahan Perikatan Nasional bagi tahun 2021

1) Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Menggantikan BSH

Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang dahulunya dikenali sebagai Bantuan Sara Hidup (BSH) diteruskan lagi bagi tahun 2021 dengan beberapa pembaharuan kategori penerima seperti:

a. Isi rumah berpendapatan kurang RM2,500 menerima RM1,200 (1 orang anak) / RM1,800 (2 orang anak dan lebih)

b. Isi rumah berpendapatan RM2,501-RM4,000 menerima RM800 (1 orang anak) / RM1,200 (2 orang anak dan lebih)

c. Isi rumah berpendapatan kurang RM4,001-RM5,000 menerima RM500 (1 orang anak) / RM750 (2 orang anak dan lebih)

d. Individu bujang berpendapatan kurang RM2,500 menerima RM350

2) Kemudahan Pengeluaran KWSP 

Kerajaan bersetuju memberikan kemudahan untuk mengeluarkan wang simpanan sendiri para pencarum KWSP bagi Akaun 1 (i-Sinar) dan Akaun 2 (i-Lestari)

a.i-Sinar

Bagi Ahli KWSP yang mempunyai baki akaun 1 tidak kurang RM150 dan berumur kurang 55 tahun layak untuk membuat pengeluaran akaun 1, KWSP seperti berikut:

  1. Bagi ahli yang mempunyai simpanan sebanyak RM100,000 dan ke bawah, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga RM10,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM5,000.
  2. Bagi ahli yang mempunyai lebih dari RM100,000, mereka boleh membuat pengeluaran sehingga 10 peratus daripada simpanan Akaun 1 mereka. Walau bagaimanapun, jumlah pengeluaran maksimum yang dibenarkan adalah sebanyak RM60,000. Pembayaran akan dibuat secara berperingkat dalam tempoh maksimum enam (6) bulan dengan bayaran pertama sehingga jumlah maksimum RM10,000.

b. i-Lestari

Bagi semua pencarum KWSP yang berumur bawah 55 tahun dan mempunyai baki simpanan di akaun 2 KWSP layak membuat pengeluaran akaun 2 KWSP seperti berikut:

  • Kadar Maksimum RM500 sebulan
  • Untuk tempoh selama 12 bulan iaitu dari bulan April 2020 hingga bulan Mac 2021

3) Rebat Bil Elektrik RM40 Percuma

Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini adalah penambahbaikan daripada tahun sebelumnya iaitu  RM20 sahaja rebat bil elektrik yang diberikan

Bantuan ini diberikan kepada ketua isi rumah miskin tegar dan miskin yang telah berdaftar di bawah eKasih

Penerima bantuan tidak perlu membayar bil elektrik yang berjumlah sehingga RM40 sebulan. Sekiranya melebihi RM40 penggunaan, penerima bantuan hanya perlu membayar baik bil yang melebihi RM40 tersebut

4) Skim Perlindungan Nasional B40 (Skim MySalam)

Sebagai langkah kerajaan untuk mewujudkan jaringan keselamatan sosial secara percuma, Skim Perlindungan Nasional B40 telah diperkenalkan dan dilaksanakan mulai 1 Januari 2019

Skim ini menawarkan perlindungan insuran dan takaful secara percuma kepada rakyat dalam kategori B40 yang berumur antara 18 hingga 65 tahun

Bantuan akan disalurkan sekiranya penerima menghidap salah satu daripada 45 penyakit kritikal dan perlu menjalani rawatan hospital yang boleh menjejaskan aliran pendapatan isi rumah pesakit

Penerima akan mendapat bayaran harian sebagai pendapatan gantian semasa rawatan di hospital terhad sehingga 14 hari setiap tahun dengan kadar RM700 setahun atau RM50 sehari serta bayaran sehingga RM8,000 yang diagihkan dalam tempoh masa yang akan diumumkan

RM4,000 akan diberikan sebagai bayaran penyakit kritikal

5) Dana Rumah Mampu Milik BNM 2020

Bantuan pembiayaan pemilikan rumah pertama khusus bagi golongan berpendapatan rendah diperkenalkan oleh kerajaan dengan nama Dana Rumah Mampu Milik Bank Negara Malaysia

Dengan peruntukan dana sebanyak RM1 billion yang tersedia selama dua tahun mulai 2 Januari 2019 sehingga habis digunakan, dana ini akan membantu pembeli rumah yang layak mendapat pembiayaan pada kadar konsesi di institusi kewangan yang mengambil bahagian

Dana ini terhad kepada harga harta tanah sehingga RM150, 000 sahaja dan kediaman di pasaran utama sahaja dengan tempoh pembiayaan sehingga 40 tahun atau sehingga umur 70 tahun (yang mana lebih rendah)

6) Pas Bulanan Pengangkutan Awam RapidKL

Pelaksanaan Pas Bulanan Pengangkutan Awam RapidKL bagi perkhidmatan bas dan juga rel telah dijalankan mulai 1 Januari 2019. Terdapat dua jenis pas bulanan iaitu RM100 bagi perjalanan tanpa had untuk perkhidmatan rel dan bas RapidKL dan juga RM50 bagi perjalanan tanpa had untuk perkhidmatan bas RapidKL sahaja

Pendaftaran pas bulanan boleh dilakukan oleh pemegang MyKad/Mykid dan MyTentera sahaja di semua hub bas, stesen LRT, MRT dan Monorel serta stesen BRT Sunway

Terkini, My100 & My50 telah ditambah baik menjadi My30 dan masih diteruskan dengan diperluas pas komuter kepada pelajar dan OKU dengan harga RM5

7) Bantuan Awal Persekolahan (BAP)

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) bagi tahun 2019 akan diberikan sebanyak RM100 kepada setiap seorang pelajar daripada 3.2 juta pelajar tahun satu hingga tingkatan lima, sekolah kerajaan (SK) dan sekolah bantuan kerajaan (SBK) seluruh negara

Bantuan ini tidak perlu dimohon sebaliknya akan diberikan secara automatik berdasarkan kriteria pendapatan kasar bulanan seisi rumah ibu bapa atau penjaga mereka berjumlah RM3,000 ke bawah

Bayaran peruntukan akan diberikan mulai Januari 2019 secara berperingkat dan akan diagihkan kepada pelajar yang layak dalam tempoh 14 hari bekerja selepas peruntukan diterima oleh pihak sekolah daripada KPM

8) i-SURI KWSP

Program i-SURI KWSP adalah insentif khas kerajaan buat suri rumah yang berdaftar dalam Pengkalan Data Kemiskinan Nasional (eKasih) iaitu suri rumah, balu dan ibu tunggal akan mendapat sebanyak RM40 sebulan hasil caruman minimum RM5 setiap bulan

Penerima juga turut menerima manfaat sama seperti ahli KWSP yang lain seperti dividen tahunan ke atas simpanan persaraan, pengeluaran umur 50, 55 dan 60, bantuan kematian serta bantuan hilang upaya

Pendaftaran i-SURI KWSP boleh dilakukan mulai 15 Ogos 2018 di mana-mana 67 cawangan KWSP di seluruh Malaysia

9) Skim Peduli Kesihatan B40 (PeKa B40)

Skim Peduli Kesihatan B40 adalah bantuan yang diberikan kerajaan untuk menampung keperluan kesihatan golongan berpendapatan rendah (B40) yang memfokuskan kepada penyakit tidak berjangkit (NCD)

Penerima skim ini mestilah berusia 50 tahun dan ke atas serta merupakan penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) dan pasangannya yang telah berdaftar (tiada pendaftaran, penyertaan secara automatik melalui data BSH)

Terdapat 4 manfaat bagi skim ini iaitu Saringan Kesihatan Percuma, Bantuan Alat Perubatan, Insentif Melengkapkan Rawatan Kanser, dan Insentif Tambang Pengangkutan

10) Insentif eTunai Rakyat (Program e-Belia)

Sebagai usaha menggalakkan penggunaan eWallet, kerajaan telah memperkenalkan Insentif eTunai Rakyat. Terdahulu rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan RM100,000 ke bawah akan memperoleh insentif sebanyak RM30. Bagi mereka yang menepati syarat kelayakan, ianya boleh ditebus menggunakan eWallet Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go

Bagi tahun 2021, kerajaan telah mengumumkan bantuan RM100 melalui e-wallet kepada belia berumur 18 tahun ke atas yang menuntut di IPTA & IPTS

Info Berkaitan

Related : perdana menteri, bantuan khas covid-19 bkc, bertujuan untuk, tarikh permohonan, pandemik covid-19, menyediakan bantuan kewangan untuk b40 m40,

 

Ikuti Kami:

 
 

Artikel Berkaitan